Cerita Aku

Sekadar nukilan hati kecil ku untuk tatapanmu

7 April 2012, 1015H

Alhamdullilah, Kami semua selamat selamat mendarat di Bumi di bawah Bayu.


balai ketibaan :)
tunggu barang2 kami....
gambar kenangan <3
Alhamdullilah.. semua selamat sampai... ;)

Kami semua akan menginap di Universiti Malaysia Sabah (UMS)  sepanjang kami di sana... Pihak UMS sangat baik dan berdedikasi.. Mereka melayan kami semua dengan mesra dan yang paling best, mereka boleh 'masyuk' dengan perangai kami yang Gila-Gila nie. :)

sempat lagi bergambar berlatarbelakangkan Bas UMS

Pihak UMS dengan gembira menerima kehadiran kami dan membawa kami ke tempat makan untuk makan tengah hari.. ( baru pukul 11.. tapi kat sane da kira tengah hari... :))


bak kate auni... "xde istilah bergambar sorg :)"
Lunch Time!!!
laut yang membiru, model-model sanggup memberi pose GEMPAK di bawah mentari yang hangat membara 

Selepas di bawa ke tempat makan yang cantik dan indah ni, kami semua dihantar ke kolej Kediaman Indah Permai (KIP). kami semua akan menginap disana selama 7 hari. 

Dan sebelah malam pula, kami semua akan diraikan oleh UMS. Pihak UMS telah membuat satu majlis khas untuk kami dan menyambut delagasi UPM dengan senang hati...


walaupun penat xhilang lagi, kami semua still gembira
Sebahagian urus setia dari UMS
makan time!!!
Senyuman dan tawa tidak pernah lekang sejak sampai di bumi Sabah..
UPM ft UMS!!!

6 April 2012, 2100H...

Sebelum berangkat ke KLIA (kami depart from KLIA 7 April 2012, 0700H), kami semua berkumpul dahulu di Kolej Kelima ( port biasa kami : meeting, dating, gathering sume yang -ING disini). As sebahagian orang kuat program ni, I kene make sure everything ready and already tagging ( takut tercicir :)). Tak sabar rasanya nak berangkat ke Sabah..

my personal review: huh!!! igtkan naik kapal terbang sangat best, rupanya sempit...huhu.... :(

Can U Guys see.. how buzy are we??? hehehe... Pengarah pun 'sangat' buzy  infront of the camera...hahaha..

Kami berangkat ke KLIA jam 0000H.. Pakcik driver bas UPM sangat punctual...hehe.. sebenarnya, ramai yang nak gerak awal pagi Sabtu... tapi I rasa lebih baik gerak awal.. ye lah, u all tau2 jelah, kalo student da tido, payah nak bangun.. ni plak nak handle 25 org... fening!!!

Tapi, bila mereka-mereka sampai je KLIA, semua hilang merungut... masing2 buat hal sendiri.. macam KLIA tu mereka yang punya... hahhahaha :)

pungah-memungah... hahaha.... habis sume troli kami conquer...hehe :)

Senyuman harus diberi di depan kamera :) walaupun kene tolak troli yang sarat dengan kotak-kotak..hahaha

"Ikut sini ye adik-adik.." kata piqa...hahahha.. semua peserta dah macam pelarian je...

Model-model... 1, 2 , 3 captured :D
 Selesai angkut semua barang-barang dari bas, kami semua cari tempat yang sesuai tok Lepak-ing ( sesuai sgt (tangan ke bahu, mata ke atas) ) hehe.... kami kongsi tempat gan atok-atok yang baru balik dari umrah.. mereka nak blik kedah.. flight mereka jam 1300H... kesian mereka kene tunggu flight mereka. Mereka sangat baik.. mereka bagi kami semua kurma dari Mekah <3.

Atok-atok yang baru balik dari Umrah.. flight mereka ke Kedah pukul 1.00 petang... 
Macam-macam kami lakukan di airport..hehehe... Antaranya, bergosip dan playing... Siapa pernah main 'Alihkan Batu Ini'??? angkat tangan!! hahha... inilah satu games yang kami main... bahan yang digunakan bukan batu tapi purse, dompet dan juga kunci-kunci bilik asrama..hahaha... In the end, habis 'khazanah' dalam purse masing-masing berterabur (included ME!!).. :D kikikih.. siapa kata kami hanya buang masa??? Kami juga main game Catur Bistari ( ala-ala Monopoly but more to Malaysian)... berjuta-juta aset kami... hehe.. :)

aktiviti kami... Gosip-ing dan Play-ing
dan akhirnya, kami semua...

In The end.... zzzzz  :D
Check-In time.... :)

inilah tiket kami... :) 

peserta- peserta bersama tiket masing-masing.. semua dah tak sabar nak berlepas.. :D

Check-in... (aik, sejak bila auni keje kat klia??? hehehe)

bergambar dulu... mode: excited!!!

Keadaan kami di dalam flight (MAS)

6 APRIL 2012, bermulalah misi pengembaraan  I ke SABAH, dibawah Kelab Mahasiswa Matematik dan Statistik UPM. Since, I ni bendahari kelab, so I berpeluanglah pergi 'melancong' over the sea.. yahoo... :)

Program ini dikenali sebagai KEMBARA BORNEO MAHASISWA UPM 2012. Program ini bertujuan mempromosikan UPM dan Fakulti Sains ke peringkat Sabah selain memberi motivasi kepada para pelajar terutama pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke menara gading. I sebagai sebahagian daripada Duta Kecil UPM, berasa bangga kerana diberi peluang untuk menjalankan program seumpama ini sebelum I bergraduat tahun depan T_T.


Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi seperti sumber kewangan yang tidak mencukupi but we still can managed and solved it succesfully. Thanks kepada sponsor2 I yang bermurah hati memberi sumbangan untuk menjayakan program ini :) Insya-Allah, semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Perasmian Kembara Borneo Mahasiswa UPM 2012
Kite bergambar dulu :)

Kenang- kenangan....



ada sambungan nyer..hehehehe...

Salam and Hai everyone... okey!!! I nak buat pengakuan terbuka bahawa I telah melakukan satu jenayah berat iaitu bersubahat dan menculik!! hehehe :p

Kejadian ni berlaku pada 25 Feb 2012 Jam 9.45 mlm di foodcourt... I tengah tunggu dinner I dengan rumate kesayangan I sampai, I terdengar suara orang menjerit... (ingatkan suara orang perempuan rupe-rupenye ada org lelaki cina yg menjerit..hehehe... puncanye sebab kucing...haha...) so topik kami bertukar kepada CAT!!!

jam 10.15 mlm, kami pun nk gerak balik... tiba-tiba, jeng... jeng... jeng... ada kucing comel gile... My Rumate terus plan nk buat jahat... haha, dan I pun tepuk-tepuk support la... *wink

Dengan plan yang tak seberapa lengkap, Rumate I terus cekup kucing tu bawak lari... I just senyum and control keadaan, make sure jejak penculikkan dihapuskan....hahaha... 'Mangsa' terus dilarikan dengan kecekapan Rumate I... dan akhirnye, 'Mangsa' berjaya diculik dan dimandikan oleh kami... *winkwink

Inilah mangsa kami... namakan dia MINNIE...

Minnie tengah bahagia disini... lihat lah dia main dengan pen  I... I suruh dia tulis surat, tapi buat xtau je arahan I :)

Assalamulaikum and hye everyone... Okey!! today I nak buat entry about SMILE a.k.a SENYUM!!! :) Senyum merupakan salah satu riak muka yang menunjukkan perasaan gembira but sometime, perempuan juga senyum bila dia ada problem....huhuhu... FACT!!!!! Believe it or not, senyum bukan je guna mulut but mata pun bleh senyum gak tau.... (still trying how to make my eyes smile... keyit2x!!! )


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"


  • Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).
  • Senyum juga mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.
  • Senyum juga salah satu senamanSenyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
  • Senyum anti-kanser. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  • Senyum pengubat pelbagai penyakit berbahaya. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.


Salam and morning everyone... wah!!! bahagianyer... da abis exam... so, im done my sem 5 kat upm.. pejam celik pejam celik da nk msuk sem 6...hehehe... xlame lg I akn graduate.. INSYAALLAH!!! And now, I da ada kat rumah da... hehehehe..( laju je die ni klo bab2 blik rumah...kikihhh) hope exam kali nie dapat keputusan yg cemerlang.. Amiiiin ( sambil menadah tangan penuh mengharap)...

So, lets enjoys the holiday!!!!

p/s: cuti ni nk abis kan baucer buku 1 Malaysia..

Salam... sekarang I berada dalam minggu study week... so, I selalaulah buka movie bile time study... sbb movie ni umpama 'drug' untuk buat mata I segar... ( saya xperlukan nescafe!!!... ) but I tetap bleh study dan otak I akan berfungsi lebih baik daripada mood sunyi... (cth: dalam kuliah... hehe... dgr lecturer bg lecture, umpama lullaby...hehe.. )

So, mlm tadi I buka my external hardisk.. plan nk tgok citer... TAPI!!! I terkejut bile all my folder jd SHORTCUT!!! ini gara2 virus shortcut la... mula la I kecuakkan sbb dlm my hardisk tu ada folder penting, of cos la my movie..huhuhu... all my folder bertukar jadi macam nie..

macam ni la rupenyer :(


Bermula la operasi membuang virus, search punye search kat tenet, I terjumpe 1 cara yang sangat mudah...
cara manual.. xperlu nk install ape2...



Cara-cara buang virus Shortcut




1.   Masukkan external storage anda sambil menekan butang 'SHIFT' ( make sure hold sepanjang anda masukkan external strorage anda, JANGAN LEPASKAN)
Make sure jangan lepaskan mase cucuk USB !!!
2.   Kemudian, pergi ke Menu > Run @ Search (untuk window 7) > taip 'cmd'.

akan keluar macam nie.. kalau pkai window 7, taip jer kat search

3.   Satu kotak hitam( commant prompt ) akan keluar dan taip Huruf external storage anda. Cth : kalau external tadi anda masuk ke (D:), anda taip D: dalam commant prompt


Latter untuk New Volume adalah D:

4.    Masukkan commant dibawah

  • del *.lnk : LNK tau, bukan ink, tulis dalam huruf kecil je senang.. tak payah guna CAPS LOCK..lepas tu tekan ENTER, Command ini untuk delete semua shortcut yang ada.
  • attrib -s -h /s /d : Command ini untuk unhide semua file dan folder.
  • del autorun.inf virus shortcut akan menggunakan autorun ini untuk automatically run apabila external dimasukkan. 


Example commant prompt bg yg xtau...hehehe
5.   SIAP!!!! hehe.. sekarang shortcut dah hilang.. boleh la enjoy movie..hehe...da siap baiki tu, jgn lupe buang folder2 yg xspttnya berada dlm harddisk korg cth: thumps n etc... tkot kene lgi sekali...


p/s: ada my frens said, xmenjadi pun care ni...Pelik!!! I buat jadi jer...U guys msuk kan jer 3 commant tu and just abaikan ape yg dia tulis cthnyer: 'could not find autorun'... nnty dia akn baiki virus tu.. :) gud luck!!!




Salam... setelah hampir 5 sem menjadi anak angkat fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, akhirnya, I berjaya menamatkan my pengajian dlm bidang Komputer... sepanjang my pengajian, I dapat input tentang :

  • Pengaturcaraan (JAVA) I
  • Pengaturcaraan (JAVA) II
  • Teknologi Maklumat dan Pengunaanya
  • Pengenalan Multimedia
Justeru itu, I nak ucapkan ribuaan terima kasih kpd tenaga pengajar sama ada pensyarah, kakak/abang demo, 'pensyarah' yang tak bertauliah ( senior la tu..*_<), rakan2 serta penyokong2 sama ada secara langsung atau x langsung :)

****** kat bawah nilah hasil multimedia my group... walaupun terpaksa stay up smpai 4-5 pagi, tetapi we enjoy it and sgt happy serta bersyukur sgt2 bila our masterpiece mendapat pujian dari org ramai..... enjoy it!!!




Sifat Perlu Ada Pada Wanita....




Sikap Keibuan 

  • Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 



Keanak-anakkan 

  • Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. 



Penuh Pengertian 

  • Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. 



Menghargai 

  • Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. 



Menjaga Penampilan 

  • Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?? 



Pandai berbicara 

  • Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka. 



Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri 

  • Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. 



Menghormati Diri Sendiri 

  • Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati. 



Simpati dan prihatin 

  • Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Sekadar pengkongsian ilmu sahaja... dari terperap dalam harddisk lebih baik sebar-sebarkan... terutama untuk kaum HAWA 

Salam everyone... dah lame kan I xupdate blog...hehe.. buzy gan sem baru... weeee :)

So, today I nk cite pasal kucing... hehehe.. ni gara2 kucing yang datang melawat My bilik.. hehe... sgt lincah die tu.. mcm bilik die dibuatnya... abis semua tempat nk di panjat... my laptop charger pun die nak gigit... (hey kucing, U igt tu friskies ker??? :p )

tapi I xkesah sgt pun... sbb I is cat lovers...:) klo jumper kucing bleh hilang tension masa buat asgment... disebbkn I xbela kucing, so I salulah tgok video kucing2 yg comel seluruh dunie... antaranya, maru... (tgoklah, video kat bwh nie, betapa comelnye ciptaan Allah )


p/s: rupe2nyer, kucing yg dtg melawat I nie, jantan rupanye... kikihhh...(gatai yer... *_< )

Salam everyone.. sedar xsedar hampir nk raya dah.. I want wish all muslim & mulimah a Happy Eid Day...

pejam celik pejam celik, dah lama tak jumpa,
pejam celik dah 30 hari puasa,
makin dipejam celik, makin banyak salah & dosa,
sementara masih celik, banyak-banyaklah buat pahala,
sebelum pejam tak celik-celik, harap maafkan jika tersalah kata...
Maaf Zahir & Batin >_<