Cerita Aku

Sekadar nukilan hati kecil ku untuk tatapanmu

Salam Ramadhan semua...

Alhamdulillah, dah lebih 2 minggu kita semua berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Nafsu belanja (coz RAYA is just around the corner) dan makan pun kene kawal. Jangan pula kita menjadi saudara Syaitan.

Hari ni dah masuk 17 Ramadhan 1435H. Sebut pasal 17 Ramadhan, satu peristiwa bersejarah dan penting yang wajib diketahui oleh semua umat Islam, iaitu Nuzul Al-Quran.


Selain itu, bermakna, genaplah umur ku 25 tahun. Alhamdulillah, moga Allah panjangkan usiaku dan diberikan rezeki yang halal. Bersyukur dapat hidup aman, tak perlu pegang senjata, tak perlu berdepan dengan darah-darah serta bom setiap hari seperti saudara-saudara kita di GAZA... Kepada yang berkemampuan hulurkan la sumbangan untuk saudara kita disana. Tak rugi pun, ini semua untuk saham akhirat.




p/s: InsyaAllah, esok akan menghadiri interview dengan HSBC untuk position GBM. Berdoa dan berharap dapat position tersebut sekiranya itu memang rezekiku. Aamiin

Salam Ramadhan...



Bila dah menjadi penanam anggur yang berjaya, macam-macam ragamnya. sebab tak ada kerja nak buat, meh update blog...

"Ya Allah, Ko murahkan lah rezeki penulis blog ni. Bagi dia kerja yang halal, Kau permudahkan la urusan dia Ya Allah dan kau lindungilah dia dibawah rahmat mu Ya Allah, Pelindung sekian Alam"

Aamiin..

Thank semua sebab tolong doakan. ☺

♥ awok2 semua. muaaaaah...


Bila dah abis belajar, kene cari keje plak. Malang tak berbau, kalau berbau, mesti aku pun xmau pergi company tu. Lama gak aku menganggur selepas contract aku abis gan company lama. Duit dalam tangan pun dah nak abis, loan ptptn kene bayar. Aduhai, mane aku nak cari duit.

Aku cari keje melalui JOBSTREET… tak berani nak cari kerja melalui iklan2 surat khabar or tepi jalan ni. Bahaya!! Tak lama aku apply kerja kosong kat JOBSTREET, aku dapat panggilan dari 1 company ni. Suruh aku dtg interview kat KL Sentral. Aku punya excited la nak pergi. Mana tak nyer, position aku apply ialah PEGAWAI TABDIR (Admin Executive) gaji die tawarkan sgt tinggi… RM2200-RM2600…

Hari yang dinantikan pun tiba. Gembira nak gi interview. Doa bnyk2 supaya boleh dapat kerja… masa interview tu, sepatutnya, manager yang in-charge aku ialah Miss Farah. Tapi dia ada job discussion, so, interviewer aku perempuan cina.
Name : Pro Infinity Limited.
Address: Block 2A, Level  7-1, Plaza Sentral, KL Sentral.
Nature of Business : handle financial service.

Soalan cepumas interviewer kat aku ialah, “apa yg kamu tahu pasal company ni?”. Terus terang aku katekan, aku langsung xtau pasal company tu. Bukan sebab aku x buat research tp, aku cari maklumat pasal company tu kat internet xjumpe.. yg aku jumpe company yg handle pasal IT… tp dalam descripition dekat JobStreet, company ni buat financial service.

Kebanyakkan soalan interviewer tu aku tak boleh jawab dengan baik… seolah2 lidah aku kelu… aku yakin xkan dapat kerja tu.Tapi mungkin rezeki aku, seminggu lepas tu, company tu call kata aku dapat kerja tu. Esoknya terus masuk training. Aku gembira sesangat la bila dapat kerja tu. Tanaman anggur aku dah berbuah.

Esoknya, aku pergi kerja dengan semangat yg berkobar2.. nak kerja bersungguh and nak bantu keluarga… first day training, aku xnampak lagi penipuan company ni.. sbb aku training dlam bilik meeting.. belum masuk office sebenar… bila time rehat, baru manager aku bawak aku pergi office… seriously, office die x macam office… xde partition n pc sendiri… kate admin, macam mane nk buat report klo xde pc… sepanjang training, manager aku asyik cerita pasal pelaburan FOREX… yakinkan kitorang yang blur pasal pelaburan… nasib baik aku dulu kerja bank, tau la sikit2 pasal pelaburan.

Next day, aku da masuk office, meaning hari tu, aku da mula belajar skop kerja aku. Sampai2 terus kene print graf currency then manager aku terus ajar aku macam mane nak analisis graf. Aku bab2 graf ni makanan aku.. ye la aku kan budak statistic dulu… excited la dapat ‘makanan’ aku.. aku mmg jenis cepat belajar. Aku dah mula suka dengan kerja aku… kalau setiap hari macam ni, mmg best la…  bila da selesai analisis graf, manager aku cite pasal pelaburan. Cite yang dia dah buka akaun untuk pelaburan. Dah dapat keuntungan. Aku diam je, ye lah, aku ni bukan kaya sgt, klo ada duit lebih tu baik aku bayar PTPTN and simpan duit dalam ASB or Tabung Haji. Untung2 boleh pergi haji dalam usia yang muda. Aku mmg x minat langsung pelaburan dorang… huhu… kemudian, manager akusuruh aku practice dengan mama aku. Maknanya, mama aku jd client, and aku kene bagi service kat mama aku. Practice make perfect kate manager aku.

Esoknya, manager aku tya aku sama ada aku ada practice tak kat rumah. Aku kate ada, dan mama aku faham ape yang aku sampaikan. Kemuadian, boleh plak assistant dia tya aku, “lepas ni boleh la buka akaun” aku da mula cuak. Well aku lebih tau financial family aku. Dalam hati aku, selagi aku tak handle client and tak nmpk keuntungan dia, jgn harap aku nak join.

Hari ke-4 aku datang training. Perkara yg sama juga, asyik tya pasal investment. Aku dah mula rasa bosan. Tak tahu macam mane, mama aku tergerak hati nak cari pasal company forex ni. Terjumpa la article pasal company yang amik duit tanpa lesen. Hati aku pun da mula xsedap. Sepanjang aku dtg traing a.k.a kerja, aku langsung xbolah cakap dengan orang lain kecuali team aku. Assistant and manager akan perhatikan aku. Nak guna handphone pun xboleh. Nak pergi tandas, kene sorang2. Pergi solat pun sama. Pergi makan, assistant or manager akan join untuk memastikan kitrang xboleh nk gosip2 klo2 ada yg xpuas hati or musykil kitrg. Manager aku ada kate, yg aku akan handle client yg sedia ada, tp setiap hari telefon berbunyi bukan dari client tp semua org yg nak mintak kerja. Aku rasa pelik sesangat. Waktu balik aku pun xsama dengan budak lain…

Balik je rumah, aku terus cari maklumat pasal company ni. Memang company ni ada website dia sendiri. Well semua orang boleh buat website sendiri. Aku pun tau buat website. Aku baca blog2 mangsa syarikat penipuan ni. Mangsa adalah para graduan yang baru abis belajar dan tengah mencari kerja. Modus operandi adalah meyakinkan para graduan ni supaya meraka dapat memujuk keluarga atau sahabat mereka supaya melabur dengan mereka. Jumlah pelaburan dianggarkan RM320 000.  Hampir setengah juta. Aku pun tak tau sama ada dah dapat untung ke belum. Aku nekad nak berhenti kerja..

Esoknya, aku terus call manager aku and aku kate aku nk berhenti. So,para graduan kat luar sana tu jgn la terpedaya dengan iklan2 dorang ni. Setahu aku, office dorang ni kat KL Sentral, tapi ada gak ‘cawangan’ lain. Semoga Allah melindungi kita dari manusia2 penipu ni.. paling menyedihkan, orang melayu sendiri yang menipu…

*** Company ni keluarkan iklan kerja kosong kat JOBSTREET dan SURAT KHABAR METRO…
*** Company ni salu tukar2 nama.. dulu BINARI ILDULGENCE sekrang PRO INFINITY…
*** Company ni ada website sendiri supaya nampak real…


7 April 2012, 1015H

Alhamdullilah, Kami semua selamat selamat mendarat di Bumi di bawah Bayu.


balai ketibaan :)
tunggu barang2 kami....
gambar kenangan <3
Alhamdullilah.. semua selamat sampai... ;)

Kami semua akan menginap di Universiti Malaysia Sabah (UMS)  sepanjang kami di sana... Pihak UMS sangat baik dan berdedikasi.. Mereka melayan kami semua dengan mesra dan yang paling best, mereka boleh 'masyuk' dengan perangai kami yang Gila-Gila nie. :)

sempat lagi bergambar berlatarbelakangkan Bas UMS

Pihak UMS dengan gembira menerima kehadiran kami dan membawa kami ke tempat makan untuk makan tengah hari.. ( baru pukul 11.. tapi kat sane da kira tengah hari... :))


bak kate auni... "xde istilah bergambar sorg :)"
Lunch Time!!!
laut yang membiru, model-model sanggup memberi pose GEMPAK di bawah mentari yang hangat membara 

Selepas di bawa ke tempat makan yang cantik dan indah ni, kami semua dihantar ke kolej Kediaman Indah Permai (KIP). kami semua akan menginap disana selama 7 hari. 

Dan sebelah malam pula, kami semua akan diraikan oleh UMS. Pihak UMS telah membuat satu majlis khas untuk kami dan menyambut delagasi UPM dengan senang hati...


walaupun penat xhilang lagi, kami semua still gembira
Sebahagian urus setia dari UMS
makan time!!!
Senyuman dan tawa tidak pernah lekang sejak sampai di bumi Sabah..
UPM ft UMS!!!

6 April 2012, 2100H...

Sebelum berangkat ke KLIA (kami depart from KLIA 7 April 2012, 0700H), kami semua berkumpul dahulu di Kolej Kelima ( port biasa kami : meeting, dating, gathering sume yang -ING disini). As sebahagian orang kuat program ni, I kene make sure everything ready and already tagging ( takut tercicir :)). Tak sabar rasanya nak berangkat ke Sabah..

my personal review: huh!!! igtkan naik kapal terbang sangat best, rupanya sempit...huhu.... :(

Can U Guys see.. how buzy are we??? hehehe... Pengarah pun 'sangat' buzy  infront of the camera...hahaha..

Kami berangkat ke KLIA jam 0000H.. Pakcik driver bas UPM sangat punctual...hehe.. sebenarnya, ramai yang nak gerak awal pagi Sabtu... tapi I rasa lebih baik gerak awal.. ye lah, u all tau2 jelah, kalo student da tido, payah nak bangun.. ni plak nak handle 25 org... fening!!!

Tapi, bila mereka-mereka sampai je KLIA, semua hilang merungut... masing2 buat hal sendiri.. macam KLIA tu mereka yang punya... hahhahaha :)

pungah-memungah... hahaha.... habis sume troli kami conquer...hehe :)

Senyuman harus diberi di depan kamera :) walaupun kene tolak troli yang sarat dengan kotak-kotak..hahaha

"Ikut sini ye adik-adik.." kata piqa...hahahha.. semua peserta dah macam pelarian je...

Model-model... 1, 2 , 3 captured :D
 Selesai angkut semua barang-barang dari bas, kami semua cari tempat yang sesuai tok Lepak-ing ( sesuai sgt (tangan ke bahu, mata ke atas) ) hehe.... kami kongsi tempat gan atok-atok yang baru balik dari umrah.. mereka nak blik kedah.. flight mereka jam 1300H... kesian mereka kene tunggu flight mereka. Mereka sangat baik.. mereka bagi kami semua kurma dari Mekah <3.

Atok-atok yang baru balik dari Umrah.. flight mereka ke Kedah pukul 1.00 petang... 
Macam-macam kami lakukan di airport..hehehe... Antaranya, bergosip dan playing... Siapa pernah main 'Alihkan Batu Ini'??? angkat tangan!! hahha... inilah satu games yang kami main... bahan yang digunakan bukan batu tapi purse, dompet dan juga kunci-kunci bilik asrama..hahaha... In the end, habis 'khazanah' dalam purse masing-masing berterabur (included ME!!).. :D kikikih.. siapa kata kami hanya buang masa??? Kami juga main game Catur Bistari ( ala-ala Monopoly but more to Malaysian)... berjuta-juta aset kami... hehe.. :)

aktiviti kami... Gosip-ing dan Play-ing
dan akhirnya, kami semua...

In The end.... zzzzz  :D
Check-In time.... :)

inilah tiket kami... :) 

peserta- peserta bersama tiket masing-masing.. semua dah tak sabar nak berlepas.. :D

Check-in... (aik, sejak bila auni keje kat klia??? hehehe)

bergambar dulu... mode: excited!!!

Keadaan kami di dalam flight (MAS)

6 APRIL 2012, bermulalah misi pengembaraan  I ke SABAH, dibawah Kelab Mahasiswa Matematik dan Statistik UPM. Since, I ni bendahari kelab, so I berpeluanglah pergi 'melancong' over the sea.. yahoo... :)

Program ini dikenali sebagai KEMBARA BORNEO MAHASISWA UPM 2012. Program ini bertujuan mempromosikan UPM dan Fakulti Sains ke peringkat Sabah selain memberi motivasi kepada para pelajar terutama pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke menara gading. I sebagai sebahagian daripada Duta Kecil UPM, berasa bangga kerana diberi peluang untuk menjalankan program seumpama ini sebelum I bergraduat tahun depan T_T.


Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi seperti sumber kewangan yang tidak mencukupi but we still can managed and solved it succesfully. Thanks kepada sponsor2 I yang bermurah hati memberi sumbangan untuk menjayakan program ini :) Insya-Allah, semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Perasmian Kembara Borneo Mahasiswa UPM 2012
Kite bergambar dulu :)

Kenang- kenangan....



ada sambungan nyer..hehehehe...

Salam and Hai everyone... okey!!! I nak buat pengakuan terbuka bahawa I telah melakukan satu jenayah berat iaitu bersubahat dan menculik!! hehehe :p

Kejadian ni berlaku pada 25 Feb 2012 Jam 9.45 mlm di foodcourt... I tengah tunggu dinner I dengan rumate kesayangan I sampai, I terdengar suara orang menjerit... (ingatkan suara orang perempuan rupe-rupenye ada org lelaki cina yg menjerit..hehehe... puncanye sebab kucing...haha...) so topik kami bertukar kepada CAT!!!

jam 10.15 mlm, kami pun nk gerak balik... tiba-tiba, jeng... jeng... jeng... ada kucing comel gile... My Rumate terus plan nk buat jahat... haha, dan I pun tepuk-tepuk support la... *wink

Dengan plan yang tak seberapa lengkap, Rumate I terus cekup kucing tu bawak lari... I just senyum and control keadaan, make sure jejak penculikkan dihapuskan....hahaha... 'Mangsa' terus dilarikan dengan kecekapan Rumate I... dan akhirnye, 'Mangsa' berjaya diculik dan dimandikan oleh kami... *winkwink

Inilah mangsa kami... namakan dia MINNIE...

Minnie tengah bahagia disini... lihat lah dia main dengan pen  I... I suruh dia tulis surat, tapi buat xtau je arahan I :)