Cerita Aku

Sekadar nukilan hati kecil ku untuk tatapanmu

Salam Ramadhan semua...

Alhamdulillah, dah lebih 2 minggu kita semua berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Nafsu belanja (coz RAYA is just around the corner) dan makan pun kene kawal. Jangan pula kita menjadi saudara Syaitan.

Hari ni dah masuk 17 Ramadhan 1435H. Sebut pasal 17 Ramadhan, satu peristiwa bersejarah dan penting yang wajib diketahui oleh semua umat Islam, iaitu Nuzul Al-Quran.


Selain itu, bermakna, genaplah umur ku 25 tahun. Alhamdulillah, moga Allah panjangkan usiaku dan diberikan rezeki yang halal. Bersyukur dapat hidup aman, tak perlu pegang senjata, tak perlu berdepan dengan darah-darah serta bom setiap hari seperti saudara-saudara kita di GAZA... Kepada yang berkemampuan hulurkan la sumbangan untuk saudara kita disana. Tak rugi pun, ini semua untuk saham akhirat.




p/s: InsyaAllah, esok akan menghadiri interview dengan HSBC untuk position GBM. Berdoa dan berharap dapat position tersebut sekiranya itu memang rezekiku. Aamiin

0 comments:

Post a Comment