Cerita Aku

Sekadar nukilan hati kecil ku untuk tatapanmu

Salam and Hai everyone... okey!!! I nak buat pengakuan terbuka bahawa I telah melakukan satu jenayah berat iaitu bersubahat dan menculik!! hehehe :p

Kejadian ni berlaku pada 25 Feb 2012 Jam 9.45 mlm di foodcourt... I tengah tunggu dinner I dengan rumate kesayangan I sampai, I terdengar suara orang menjerit... (ingatkan suara orang perempuan rupe-rupenye ada org lelaki cina yg menjerit..hehehe... puncanye sebab kucing...haha...) so topik kami bertukar kepada CAT!!!

jam 10.15 mlm, kami pun nk gerak balik... tiba-tiba, jeng... jeng... jeng... ada kucing comel gile... My Rumate terus plan nk buat jahat... haha, dan I pun tepuk-tepuk support la... *wink

Dengan plan yang tak seberapa lengkap, Rumate I terus cekup kucing tu bawak lari... I just senyum and control keadaan, make sure jejak penculikkan dihapuskan....hahaha... 'Mangsa' terus dilarikan dengan kecekapan Rumate I... dan akhirnye, 'Mangsa' berjaya diculik dan dimandikan oleh kami... *winkwink

Inilah mangsa kami... namakan dia MINNIE...

Minnie tengah bahagia disini... lihat lah dia main dengan pen  I... I suruh dia tulis surat, tapi buat xtau je arahan I :)

Assalamulaikum and hye everyone... Okey!! today I nak buat entry about SMILE a.k.a SENYUM!!! :) Senyum merupakan salah satu riak muka yang menunjukkan perasaan gembira but sometime, perempuan juga senyum bila dia ada problem....huhuhu... FACT!!!!! Believe it or not, senyum bukan je guna mulut but mata pun bleh senyum gak tau.... (still trying how to make my eyes smile... keyit2x!!! )


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa "Senyum kepada saudaramu adalah sedekah"


  • Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam. Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).
  • Senyum juga mampu mengubah mood kita. Dalam bidang psikologi terdapat teori yang disebut 'maklumbalas wajah' (facial feedback). Hipotesis ini menegaskan bahawa 'pergerakan wajah secara sendirinya menyediakan maklumat persekitaran yang lengkap untuk menentukan pengalaman emosi'. Menurut Davis dan Palladino, ia bermaksud maklumbalas dari ekspresi wajah seseorang akan mempengaruhi emosi dan perlakuannya. Berdasarkan teori ini maka boleh disimpulkan bahawa mood seseorang boleh ditingkatkan dengan senyuman.
  • Senyum juga salah satu senamanSenyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
  • Senyum anti-kanser. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
  • Senyum pengubat pelbagai penyakit berbahaya. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.